postBodyClass = '';

Alam Kekal

"Money is not our God!" - Killing Joke

RON97 naik 5 sen??

Written by Hero on 11/03/2010 12:14:00 AM

Apa cerita ni, mak cik gemuk?! Naik harga minyak senyap-senyap! Takut pembangkang jadikan isu dalam pilihan raya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi ke?

Mari kita sama-sama lihat harga barangan asas dan makanan naik ke tak lepas ni. Setahu saya, setakat ni tak ada lagi forwarding trucks yang pakai RON97. Semua pun guna diesel. So sekadar peringatan kepada golongan peniaga, simpan saja alasan terpaksa naikkan harga barang kerana peningkatan kos pengangkutan.

Peniaga pasar malam pun sama. Jangan nak mengada-ngada naikkan harga barangan dengan alasan bawa barang guna kereta (guna petrol dan bukannya diesel). Janganlah gatal pergi guna RON97! Gunalah RON95!

Geram nih!!

Hero kembali mengganas!!

Written by Hero on 11/01/2010 10:46:00 PM

Salam kepada semua.. kalau la ada yang masih lawati blog ni.

Lama sungguh saya tak update blog ni. Tak, saya belum give up menulis blog lagi. Give up dengan kerja, yes. Dah hampir. Anyway, saya ucapkan selamat kembali menulis kepada diri saya sendiri. Sibuk memang sibuk. Minggu ni saja saya kena deliver 3, saya ulangi, 3 laporan! Tapi time2 sibuk macam ni la rasa seronok sangat nak menulis di blog. Boleh lepas geram.. :P

Banyak benda nak cerita nih. Macam2 kisah. Korang tunggu je. Anggaplah ini seumpama proses reboot sebuah PC. Sebelum ni PC ni jammed dek macam-macam hal. So, saya reboot PC tu. Sekarang bila dah reboot, harap2 PC akan lancar kembali. Oh, korang tak suka analogi reboot PC? Tak nampak apa yang dimaksudkan? Ok, saya bagi analogi lain. Bayangkan reboot blog ni seumpama reboot yang berlaku ke atas franchise Batman. Dua filem terbaru Batman adalah reboot kepada siri yang dah makin merepek. Jadi, pihak berwajib telah re-imagine sehingga ke peringkat asal usul Batman bahkan The Joker pun dilakonkan semula oleh orang lain. Itulah reboot. Kita buka lembaran baru. Same people, new approach.

Terima kasih kerana bersabar.

Selected Video