Hero kembali mengganas!!
Written by Hero on 11/01/2010 10:46:00 PMSalam kepada semua.. kalau la ada yang masih lawati blog ni.
Lama sungguh saya tak update blog ni. Tak, saya belum give up menulis blog lagi. Give up dengan kerja, yes. Dah hampir. Anyway, saya ucapkan selamat kembali menulis kepada diri saya sendiri. Sibuk memang sibuk. Minggu ni saja saya kena deliver 3, saya ulangi, 3 laporan! Tapi time2 sibuk macam ni la rasa seronok sangat nak menulis di blog. Boleh lepas geram.. :P
Banyak benda nak cerita nih. Macam2 kisah. Korang tunggu je. Anggaplah ini seumpama proses reboot sebuah PC. Sebelum ni PC ni jammed dek macam-macam hal. So, saya reboot PC tu. Sekarang bila dah reboot, harap2 PC akan lancar kembali. Oh, korang tak suka analogi reboot PC? Tak nampak apa yang dimaksudkan? Ok, saya bagi analogi lain. Bayangkan reboot blog ni seumpama reboot yang berlaku ke atas franchise Batman. Dua filem terbaru Batman adalah reboot kepada siri yang dah makin merepek. Jadi, pihak berwajib telah re-imagine sehingga ke peringkat asal usul Batman bahkan The Joker pun dilakonkan semula oleh orang lain. Itulah reboot. Kita buka lembaran baru. Same people, new approach.
Terima kasih kerana bersabar.
| Posted in »

1 comments: Responses to “ Hero kembali mengganas!! ”
By Umi Azuddin on 11:59 PM, November 01, 2010
Salaam SK,
mokcik tak paham la reboot, reboot nih.... RIBUT tu tau la..
kira senyap sunyi selama ni ala2 "calm before the STORM" ler kot? patutler nak mengganazz... mau bikin ribut ya, pak? ;)
welcome back, hero.