Lafaz niat puasa sebulan dan sehari di bulan Ramadhan
Written by Hero on 8/11/2010 12:50:00 AMSelamat menunaikan rukun Islam yang ketiga kepada semua hamba Allah yang mukallaf. Berikut adalah lafaz niat puasa untuk sehari dan juga lafaz niat puasa untuk sebulan (khusus bagi mereka yang entah macam mana boleh tak terniat untuk berpuasa keesokan harinya dan untuk mereka yang seumur hidupnya perlu berlafaz dahulu barulah menjadi niat...?)
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ اَدَاءِ فـَرْض شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala
Namun sekiranya anda datang dari pelusuk tertentu di Malaysia ini, janganlah sampai terbelit lidah nak lafaz ikut orang Lembah Kelang. Tidaklah menjadi satu kesalahan atau melanggar compliance ISO9002 jika anda melafazkannya mengikut dialek anda, misalnya:
Sahajo ambo poso isuk haghi fardu Ramode tahung ini krno Allah Ta'ala
Itu pun ok, kak. Janji akak niat nak puasa fardu dan ianya kerana Allah.
| Posted in »

0 comments: Responses to “ Lafaz niat puasa sebulan dan sehari di bulan Ramadhan ”