Tips Memberi Hutang
Written by Hero on 2/16/2010 11:39:00 PMOrang ingin berhutang wang dengan anda? Saya nasihatkan anda berhati-hati jika bakal peminjam berjanji akan membayar semula pada sekian hari, sekian tarikh atau sekian waktu. Misalnya, "aku janji akan bayar balik sebulan dari sekarang" atau "dapat gaji bulan depan aku bayar". Berdasarkan pengalaman saya, orang yang berjanji dengan menetapkan masa tidak akan membayar pada masanya dan majoritinya tidak akan menebus semula pun hutang tersebut sampai bila-bila. Sebaliknya, berdasarkan pengalaman saya juga, peminjam yang menyatakan "aku akan bayar bila ada duit" atau "insyaAllah aku akan bayar balik", setakat ini kesemuanya melangsaikan hutang masing-masing dengan sempurna dan adakalanya lebih cepat daripada jangkaan.
Ada pengajaran di situ. Berhati-hatilah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments: Responses to “ Tips Memberi Hutang ”
By mun gunnerz on 12:33 PM, February 17, 2010
ko cam tau2 je..betul a tu..
cume aku geram kalau orang tu buat2 lupa.kita nak mitak punya la segan,ni kes kawan la pinjam..even kecik 5 6 ringit klau die pau stp bulan..tak naya ke kite..haiz sabo je la
By Hero on 5:42 PM, February 17, 2010
hahaha.. so lepas ni harap2 kita leh jangka la time kawan pinjam duit.. berdasarkan ayat dia kita leh agak la.. hmm ni mmg gone la duit aku nih.. :p