Imam Ahmad berasal dari Bangi?
Written by Hero on 2/22/2010 07:57:00 PMHahaha.. bukan le Imam Ahmad bin Hambal pengasas mazhab Hambali tu. Ni Imam Ahmad baru umur 6 tahun. Anak lelaki saya. Kisahnya macam ni. Tengah hari tadi, adik no. 3 tiba-tiba tegur saya kat YM ala-ala kecoh gitu, BUZZ, "abg busy tak? ada berita gempar!". Ingatkan ada apa. Rupanya pagi tadi dia pergi menjengah anak perempuannya, Sofiya di taska yang kebetulan sama dengan anak saya, Ahmad. Dia memang sering pergi jengah Sofiya yang baru nak berjinak-jinak semula dengan sekolah setelah beberapa siri menangis dan panjat grill taska! Tapi kita simpan cerita tu untuk lain hari. Berita gempar yang dia nak sampaikan jugak walaupun saya bagitau saya tengah sibuk ialah, semasa di taska tu, dia nampak anak saya Ahmad menjadi Imam solat sunat Dhuha. Rakan-rakan sekelasnya semua menjadi makmum. Wahhh.. memang berita gempar! Menurut adik saya, ustazah hanya akan menyuruh pelajar yang paling baik bacaan dalam solat untuk menjadi Imam. Alhamdulillah. Syukur. Terasa happy campur bangga campur sebak. Adik saya cadangkan agar saya ajar doa selepas solat kepada Ahmad. InsyaAllah, saya akan ajar. Paling utama ialah memperbetulkan solat fardunya. Lebih utama lagi daripada itu adalah memastikan Ahmad dan kakaknya, Su'ad mengerjakan solat fardu lima waktu. Dan selepas itu, saya akan ajarkan sama doa memohon rahmat, nur dan rezeki yang arwah ayah ajar kepada saya sebelum beliau meninggal dunia 8 tahun dahulu. Semoga bermanfaat untuk Ahmad dan boleh dia ajarkan kepada anaknya pula dan sesiapa saja pada satu hari nanti, insyaAllah.
Hmm.. ini plan jangka panjang. Ya Allah, makbulkanlah.
Hmm.. ini plan jangka panjang. Ya Allah, makbulkanlah.
| Posted in »

2 comments: Responses to “ Imam Ahmad berasal dari Bangi? ”
By Nun di Cyber on 4:43 PM, February 25, 2010
Isk, sungguh lame rasenye tak memberi ape2 komen yg membina kat blog femes emes ini..hehe..
Cewah, syukur anak bijak. Pakcik, doa cepat jodoh kalo ade leh r tulih sekali kat blog. heheh ;p
By Hero on 10:06 PM, February 25, 2010
insyaAlah, saya akan doakan utk u.. nak saya kenalkan dgn kawan saya tak? sepupu dah takde dah.. hari tu nak kenalkan u taknak, dia pun dah kawin.. bakal timang cahaya mata bulan ni.. takpelah rezeki masing2.. tapi saya serius.. kalau nak kenal, saya suka sangat jadi org tengah nih.. berkawan je dulu.. kalau ada jodoh, ada la.. dapat la jugak saya "saham akhirat" sedikit sebanyak tolong org bina masjid, insyaAllah..