postBodyClass = '';

Alam Kekal

"Money is not our God!" - Killing Joke

Idea original untuk telemovie Melayu! Harap jangan ciplak!

Written by Hero on 1/09/2010 01:03:00 PM

Tema:

Suka duka sebuah kehidupan seorang wanita Melayu di ibu kota.

Watak:

Tish Zakuriyah - teraju utama, protagonis.

Remy Romena - suami Tish, antagonis.

Daniel - cinta baru Tish.

Mak Yam (giler original) - wanita tua jiran Tish yang kononnya banyak giler makan garam dan reti nasihat serba-serbi.

..dan pelbagai watak tak berguna yang lain..

Plot & Sinopsis (yang ni paling original):

Tish dilarang oleh ibunya daripada berkahwin dengan Remy yg budak 5 tahun pun boleh cam sebagai buaya darat. Tish kahwin juga dengan Remy dan berhijrah ke ibu kota. Ini satu kemestian. Everything must end di ibu kota. Namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Remy buaya darat rupanya (duh..). Tish dan Remy pun bercerai. Oleh kerana selama ni Remy saja yang bekerja, Tish kini merana dalam kesempitan hidup. Tish malu untuk pulang ke kampung dan menghadapi ibunya. Pada masa yang sama tuntutan hidup di ibu kota semakin mendesak. Hanya tinggal satu jalan saja lagi. Setelah difikirkan masak-masak dan berkat nasihat Mak Yam, Tish kemudiannya memulakan karier sebagai GRO di sebuah kelab malam di ibu kota. Mula-mula Tish kekok tapi akhirnya ok ajer. Masyarakat mula memandang hina terhadap Tish. Kaum wanita setempat mengumpat dan mengeji Tish tak kira masa. Para suami kepada kaum wanita setempat tu pula mengumpat dan memuji "servis" Tish setiap masa. Satu hari Tish jatuh cinta dengan salah seorang pelanggannya. Daniel, pelanggan tu baik orangnya (cuma melanggan GRO je..) dan Tish percaya mampu membahagiakannya. Akhirnya mereka pun kahwin dan bahagia selamanya. Daniel tak perlu melanggan GRO lagi dah. It's like having a vending machine at home. Yay.

Nota: jangan ciplak aa..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 3 comments: Responses to “ Idea original untuk telemovie Melayu! Harap jangan ciplak! ”

  2. By Anonymous on 2:32 PM, January 09, 2010

    hoho .kalau jadi wat drama .bagi saya jadi daniel ..mcm best je watak dia..hehehe

    shafarin

  3. By umiazuddin on 3:21 PM, January 09, 2010

    Cadangan nama untuk watak wanita tua jiran Tish selain drpd Mak Yam... Mak Jah! (Terserlah keasliannya!) Tapi kalau nak guna nama Mak Jah, watak itu haruslah bekerja sebagai 'orang gaji' (warga kota lebih selesa dengan gelaran 'pembantu rumah')kepada sebuah keluarga ahli korporat (KORPORAT SAHAJA, tidak boleh ahli silap mata, pemilik sarkas dan yang seumpamanya).

    pssstt rasanya harus kena ciplak punyalah idea awak ni...anugerah skrin material tuu!!

  4. By Hero on 4:42 PM, January 09, 2010

    alamak.. saya terlupa terus pasal Mak Jah.. betul la.. mesti kena ada tu.. takpe.. nanti saya re-write.. mmg ada lagi watak tertinggal ni.. pak imam/lebai, adik ipar jahat.. cuma taktau mana nak selit jer.. hahaha..

Selected Video