Anekdot: Kembali Meminati WWE
Written by Hero on 10/13/2009 11:12:00 PMSaya dah kembali meminati WWE. Kenapa? Entahlah. Saya pun misteri apa yang menjadi trigger kepada perkembangan ini. Kini, setiap minggu saya akan pindah turun episod terbaru WWE SmackDown dan WWE Raw. Minggu lepas, saya pindah turun WWE Hell in a Cell 2009, PPV (pay per view, WWE punya special event) pertama yang saya tonton sejak entah berapa tahun yang lalu, saya pun lupa. Ramai betul penggusti baru. Ada yang tak pernah dengar langsung sebelum ni macam Dolph Ziggler, Drew McIntyre, Kofi Kingston, Cory Rhodes (anak Dusty Rhodes) dan ramai lagi. Ada juga yang dulu seingat saya macam cap ayam tapi sekarang dah popular macam The Miz dan John Morrison. Team DX (Triple H dan Shawn Michaels) pun masih ada lagi. Biul macam dulu juga. Randy Orton sekarang juara baru WWE selepas kalahkan John Cena. The Undertaker (ada lagi rupanya orang tua nih..) pula juara heavyweight selepas kalahkan CM Punk. Satu perubahan ketara dalam WWE yang saya dapat lihat ialah titantron atau lagu yang berkumandang bila setiap penggusti memasuki arena. Pergh! Semuanya best! Majoriti penggusti WWE sekarang ni gunakan lagu sebenar yang memang wujud di pasaran dan bukannya mix version atau ubahsuai lagu sedia ada. Satu lagu yang paling best bagi saya (buat masa ni) ialah titantron untuk Kofi Kingston, juara US. Saya ni bukanlah minat dengan lagu reggae tapi ini exception yang julung-julung kali. Lagu Collie Buddz - SOS ni memang superb! Dengarlah sendiri. Iramanya tak banyak beza dengan lagu reggae lain tapi kalau dengar betul-betul, ada elemen melankolik pada melodinya yang memang menarik. Bukan sepanjang lagu tapi pada perubahan bait tertentu. Saya memang suka betul lagu yang ada kelainan macam ni. Selamat mendengar.
| Posted in »

0 comments: Responses to “ Anekdot: Kembali Meminati WWE ”