postBodyClass = '';

Alam Kekal

"Money is not our God!" - Killing Joke

Konflik Keluarga 4

Written by Hero on 8/04/2009 12:56:00 AM

Kat rumah kami ada bibik baru. Namanya Pah. Nama penuh saya tak ingat daa.. tapi kami panggil Ipah atau Pah.

Pada satu hari..

Saya tak jumpa cari baju kegemaran saya. Jadi saya turun ke dapur untuk bertanya kepada Pah. Manalah tahu dia terhantar ke bilik adik atau adik ipar saya. Saya pun ke dapur sambil melaungkan dari jauh..

"Pah,.. oh Pah.. Baju aku mana Pah?", saya bertanya.

Saya memang bahasakan diri "aku" dengan Pah ni pasal ia satu kebiasaan bagi orang Jawa. Bukanlah saya ni orang Jawa. Tapi Pah tu orang Jawa. Dan bukanlah menggunakan "aku" sebagai ganti nama tu sesuatu yang kasar pula tapi bagi sesetengah orang Melayu, ia hanya sesuai untuk digunakan sesama kawan rapat saja. Eh, ke situ pula ceritanya. Bukan pasal "aku" yang saya nak cerita. Kita sambung balik..

Saya terus bertanya kepada Pah yang sedang membasuh pinggan di dapur, "Pah, baju aku mana Pah?"

Tiba-tiba, cik adik intan payung (baca: isteri saya) yang kebetulan ada di dapur, terbahak-bahak ketawa. Saya jadi hairan betul. "Kesiannya isteri aku. Mesti banyak kerja sangat kat opis sampai jadi macam ni. Tak semena-mena ketawa." :p

Lepas tu Pah tanya saya semula, "Baju yang mana, encik?"

Saya pun jawab balik, "Baju biru aku tulah. Mana kau letak, Pah? Mana baju aku, Pah?".

Sekonyong-konyong, makin galak isteri saya ketawa. Wah.. wah.. apa dah jadi ni?

Tiba-tiba isteri saya menyampuk, "Abang tak nak tanya Ipah mana butang baju Melayu?"

Aik???

Lepas tu barulah isteri saya jelaskan bahawa gaya pertanyaan saya tadi tu telah mengingatkannya kepada satu babak lucu di dalam filem Madu Tiga, lakonan P. Ramlee. Nama isteri P. Ramlee (memainkan watak Jamil) dalam filem tu pun ialah Pah. Hahaha.. saya pun terus teringat dan ketawa dengan lebih terbahak-bahak lagi. Bagi yang dah lupa dialog tersebut atau tak pernah tahu pasal filem tu, di bawah ada klip bagi adegan yang saya sebut tadi.

Pah terus confuse tengok kami berdua ketawa. Mungkin dia fikir, "Apa-apaan saja mereka berdua ini.." :p



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 1 comments: Responses to “ Konflik Keluarga 4 ”

  2. By Anonymous on 11:33 AM, August 06, 2009

    mama rasa kelakar sangat bila s****g cakap macam tu...selamat berkeja ye...hari nie mama cutiiiiiiiiiii yes!!!!!!!!!!!

Selected Video