postBodyClass = '';

Alam Kekal

"Money is not our God!" - Killing Joke

Nasi Arab Cyberjaya - Restoran Saba'

Written by Hero on 4/27/2009 04:54:00 PM

Minggu lepas, 2 kali saya makan nasi Arab yang dijual di sebuah restoran yang diusahakan oleh seorang warga Arab di Cyberjaya. Nama restorannya Saba'.

Sebelum tu adik-adik saya ada cerita yang nasi Arab situ sedap sangat. Mula-mula saya susah nak percaya. Fikir saya, "Sedap tara mana sangatlah tu. Melampau betul diorang nih." Saya tak nafikan, kalau semua kata sedap, memang sedaplah. Tapi, sedap sangat? Kenapa sangat? Lagi pun, yang mula-mula makan di situ dan komen kata sedap tu saudara saya si Fathi Zaini tu (yang memang terkenal lemah dalam menilai keenakan makanan.. :p). Susah saya nak percaya dengan selera sesetengah orang.

Begitulah skeptiknya saya sehinggalah adik saya belikan nasi Arab Lamb Kabsah untuk saya untuk hidangan makan malam Rabu lepas.

Pergh!!!

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!!!

Memang sedap sangat!!! Makan nasinya saja pun dah sedap! Apatah lagi dengan kambing yang dimasak bersama nasi tu! Dan dicicah pula dengan sambal istimewa yang dicampur yogurt!

Betul laa.. memang sedap sangat!!! Ditambah pula dengan banana milk shake!

:o waaa.. best!!!

Terus saya promo kat kawan-kawan di pejabat dan dipendekkan cerita, kami bercadang untuk ramai-ramai pergi lunch di sana minggu ni, kemungkinan besar pada hari Rabu. Mula-mula ingat nak pergi sama ada hari ni (Isnin) atau esok tapi bos-bos (yang geng) ada meeting dua hari ni kat PoGH (Palace of the General Hospital.. :p). Dan bos (yang tak geng) yang kami jangka ada urusan luar Rabu ni, khabarnya akan ada di pejabat pula. :( Macam mana ni? Kami bercadang kalau boleh, nak la keluar awal sikit. Kira-kira pukul 12 tengah hari ke. :p Maklumlah.. Cyberjaya tu agak jauh juga dari sini. Kalau dari sini pukul 1 memang tak sempat. Makan pun kelam-kabut je nanti.

Sebagai jalan penyelesaian.. saya bercadang untuk lunch di sana bersama recon team. :p hehehe.. Bukan apa,.. recon team ni berperanan untuk pantau suasana di sana. Selesa ke tak untuk kawan-kawan lain? Jauh ke tak dari pejabat kami? That sort of recon laa. So far, yang dah confirm akan ke sana esok ialah saya, Redy dan Ijam. Ada satu seat lagi untuk recon team tu. Siapa cepat dia dapat laa.

Elok juga ada recon team nih.. in case tak jadi pergi at divisional strength, platoon strength pun jadi la. Asalkan dapat makan nasi Arab Lamb Kabsah.

Yallah, yallah.. ahlan wa sahlan wa marhaban!!!

:p

ps: nantikan laporan penuh misi risikan nasi Arab! berserta foto nyamnyam!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 11 comments: Responses to “ Nasi Arab Cyberjaya - Restoran Saba' ”

  2. By Anonymous on 11:06 AM, April 29, 2009

    dia bukak smpi malam kan?
    apa kata kita 'celebrate' kat sana?

    yg benar,
    mamat x jadi beli blackberry

  3. By Hero on 2:44 PM, April 29, 2009

    cantik! aku stuju cadangan kau tu!

    tapi next week takleh.. kena the week after.. next week aku outstation la pulakk..

  4. By rock on 5:00 PM, April 29, 2009

    ye ke sedappp???!!! (sambil angkat kening ala2 the rock).

  5. By Hero on 5:12 PM, April 29, 2009

    sedap giler min!! eh silap.. rock!!

    tak tahu la cemana aku nak describe lagi.. tapi.. if you smelllllll...

    :p

    meh la.. kita rendezvous kat situ.. tu pengomen no. 1 satu macam nak belanja jer tu.. :D

  6. By hady83 on 1:55 AM, April 30, 2009

    bab promote2 tmpat makan mmg pakar..huhu..

  7. By Anonymous on 10:13 AM, April 30, 2009

    encik hero, kenapa ajak orang yg duduk di kawasan pedalaman? berhati perutlah sikit encik hero, bayangkan betapa sukarnya mamat nama rock tu utk ke cyberjaya dpd kawasan penempatan dia..

    ...
    yg baru eksiden malam tadi :-(

  8. By Cudid on 9:10 PM, April 30, 2009

    tech.. jadi ke datang cyberjaya nih.. aku yang duk sinih pun tak pernah tau keujudannya.. kat mana kedainya cuba ko google sket... tak pun mari merecon besame

  9. By Anonymous on 10:26 AM, May 08, 2009

    apsal sy tak di ajak g recon skali???takut kene blanje la tu..hahaha
    -nad

  10. By langkahkanan on 11:08 AM, May 09, 2009

    A'ah memang sedap tak terkata.. sy pn baru pegi.. memang sedap dan murah..

  11. By Anonymous on 11:45 AM, May 16, 2009

    thanks for the tips, dengar jugak nasi arab kat situ sedap dan murah compare dengan nasi arab kat ampang point tu. awak riki-riki lah harga dia, menu dia, baru berani orang yg tak pernah makan nasi arab nak pergi. Tahu jer lah mentaliti org kita, nama gah nasi dari arab, sure mahal...betul tak.

  12. By garpu on 12:38 PM, June 22, 2009

    sedap dan murah .. ada sikit review dan alamat serta peta di sini http://makanmakan.fotopages.com

Selected Video