postBodyClass = '';

Alam Kekal

"Money is not our God!" - Killing Joke

Haa?? Apa?? Kami first time masuk pertandingan Scrabble terus dapat jadi Naib Johan?? Kehkehkeh..

Written by Hero on 12/19/2008 12:22:00 AM

Hahaha.. minggu lepas pada 13 Disember, saya dan rakan-rakan yang mewakili sebuah agensi kerajaan telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan Scrabble Sukan MOSTI. Pergh bangga betul kerana kami dapat kalahkan ramai otai-otai Scrabble dari pelbagai agensi di bawah MOSTI walaupun ini penyertaan kami yang pertama kali. Kat opis, set Scrabble pun kami takde. Berlatih Scrabble pun guna game PC je. Bukan itu saja, salah seorang pemain kami buat lawak pulak tak dapat datang jadi terpaksa digantikan dengan salah seorang rakan sejawat yang hadir bersama keluarga untuk memberikan sokongan. Tak pasal-pasal mamat tu jadi bidan terjun. Sudahnya saya terpaksa bagi dia crash course dalam masa kurang setengah jam tentang Scrabble, taktik dan beberapa perkara lagi. Mamat tu siap datang dengan anak bini. Masa tengah game, anak-anak dia siap panggil-panggil, "Ayah, ayah." Hahaha. Tapi hustler juga rupanya mamat tu. Bayangkan kalau dia dapat pendedahan dan persediaan lebih awal dan rapi. Apa-apa pun di sebalik masalah teknikal tu, pasukan kami tetap menyinar dan dapat mara ke perlawanan akhir menentang entah agensi cap ayam mana tah yang bernasib baik dapat kalahkan dream team kami. Berikut adalah senarai keputusan pada hari pertandingan tu.

Suku Akhir

Kami ratah-ratah MDV (Malaysia Debt Ventures) 2 -1 sehingga bertambah-tambah debt mereka.

Separuh Akhir

Kami sula Remote Sensing (MACRES) 3 - 0 sehingga segala senses mereka tidak berguna lagi.

Akhir

Kami sengaja campakkan kemenangan (guna tangan kiri) kepada SIRIM cap ayam 1 - 2 kerana mereka kelihatan kemaruk sangat nak menang ibarat seorang janda gersang yang dahagakan kasih sayang. :p Amik la kemenangan tu kalau boleh bawak masuk kubur. Amik la. Haa.. amik, amik!

Eh, emo super ek saya ni? Takpe la.. azam kami, tahun depan kami akan "belasah" SIRIM ni cukup-cukup! Geram betul dengan senyuman sinis mamat yang dikatakan "Scrabble Guru" SIRIM tu. Banyak la guru. Guru penyelia petang kot.. :p

rindu betul...

Written by YABberleter on 12/17/2008 06:31:00 PM

Rasanya dah berzaman aku tak menulis nih...

Sebenarnya taktau pun apa nak aku tulis, tapi memandangkan dah terlepas kelas pukul 6 terpaksalah tunggu kelas pukul 6.45 nanti. Sambil-sambil menunggu tu...apa lagi, merepeklah sikit kat sini, rindu jugak =P

Berbalik kepada tajuk blogku nih... memangpun aku rasa rindu sangat...

Aku rindu pada... Sarina Ibrahim, teman sekolah rendah & menengahku yang cukup kamceng dengan ku (eh, cam ni ke spell perkataan ni :S, lantaklah bukannya exam pun =P ). Tapi aku kesal... aku tak dapat berhubung dengannya sekarang. Lost contact... =(

Aku rindu pada... Yee Ling, teman sekursus dan sebilik ku waktu belajar kat UM tu... Dia ni cukup periang dan kelakar orangnya, tapi orang Penang, jadi tak dapat berjumpa selalu. Tempat kerja dia tu pulak takleh on mobile phone waktu kerja... Walau bagaimanapun, aku nak ucapkan "Tahniah, si pengantin baru! =) You look especially stunning on your big day! Mmmuack!!

Aku rindu pada... Teresa, 'teman seperjuangan'ku sejak kecil lagi kat SGM. Walaupun, dah lama tak jumpa, tapi aku cukup gembira asalkan dia ni hidup bahagia kat New Zealand. Semoga segala-galanya berjalan lancar di sana.. =) I'm so looking forward to catch up with her when she finally comes back this coming Chinese New Year.

Selain daripada itu, aku juga amat merindui Sinchan, teman sekerja yang paling best dan inspiring seumur hidupku setakat ini! Tabik! Semoga bahagia selalu di samping keluarga tersayang yer!

Ok lah, takda masa dah... Nak gi kelas nih! ;)

A lil'reminder for all who're reading...
Appreciate all those around you. Also, let them know how much they meant for you (if they do). I'm sure they'd love to know that. ;)

Mencari Perkataan Tersembunyi

Written by Hero on 12/03/2008 01:59:00 PM

Dalam kekotak di bawah tu, terdapat 10 nama haiwan yang tersembunyi. Kalau korang hebat, carilah kesemua 10 haiwan tu. Nama haiwan tu mungkin dieja menegak, melintang, menyenget dan terbalik. Kalau rajin, emelkan jawapan korang ke alamkekal@gmail.com atau bagitau saya kat YM (nick YM saya alamkekal). Ajak la suami, isteri, anak-anak, adik beradik, ipar duai, rakan taulan dan jiran untuk turut serta. Daripada dok beryoga haram tu.. baik cari perkataan tersembunyi. Huhu.

Ubuntu? I lagi buntu! You takpe laa. Pelakon terkenal. I ni pelakon baru tapi dah kena tangkap khalwat! Sib baik tak liwat! :p

Written by Hero on 12/02/2008 11:15:00 PM

Aaa.. maaf.. ini bukan rentetan kisah Norman dan Memey dan Abby Abadi. Itu boleh baca di blog lain. Personally, saya rasa Memey tu cantik sangat. Tapi, setakat ni, semua perempuan yang saya kenal berpendapat sebaliknya. Aik,.. emo ke? Kenapa sokong Abby sangat? Kenal ke? Demi wanita ke? Ke? :p

Apa-apalah.. mari kita cerita pasal Ubuntu.

Ubuntu adalah merupakan salah satu distro sistem operasi Linux yang paling terkenal pada masa ini. Apa itu Ubuntu? Apa itu sistem operasi? Apa itu Linux?

Hmm.. kalau ada yang tidak maklum dengan jawapan kepada ketiga-tiga persoalan di atas, nampaknya banyaklah yang perlu diterangkan ni. Jangan risau. Jangan berasa buntu. Mari kita bercerita sedikit tentang Ubuntu.

Ok.. pasti anda semua tahu serba sedikit tentang komputer. Jika tidak, bagaimana anda boleh menggunakan Internet sehingga sampai ke blog ini. Sesebuah komputer itu pasti mempunyai sistem operasi (atau OS) untuk menjalankan segala aspek pengendalian sumber, perisian, perkakasan dan persisian; dan sistem operasi yang paling biasa digunakan ialah Windows. Semua orang tahu apa itu Windows yang dihasilkan oleh Microsoft. Kalau korang nak tahu, satu masa dulu pernah timbul isu apabila Microsoft cuba nak dapatkan trademark bagi nama Windows. Ini kerana "Windows" ialah kata nama atau noun yang terlalu generic. Well, in this case, a plural noun. Jadi mana boleh trademark kan sesuatu kata nama yang lumrah. Ini samalah macam menamakan sesebuah kedai makan sebagai "Kedai Makan" dan cuba nak dapatkan hak menggunakan nama itu secara eksklusif. Tak senonoh la kan? Apa-apa pun, Windows tetap maju dan terus dapat survive dengan pelbagai versi seperti Windows 98, Windows XP, Windows 2000, Windows Vista dan sebagainya.

Tapi kini ramai pengguna PC yang sudah jemu dengan Windows dan pelbagai masalahnya. Setiap versi baru Windows pasti ada saja security vulnerabilities sehinggakan selepas Service Pack ke-2 atau ke-3 (yang memakan masa bertahun-tahun) barulah ia benar-benar agak kukuh. Itu pun masih tidak lekang daripada masalah skrin biru hang. Apa versi Windows pun akan hang kalau dia nak hang. Ada pengguna yang terus bersabar. Ada yang bertukar menggunakan Mac OS yang jauh lebih stabil (bermaksud kena beli PC Mac la juga) dan bagi yang tak sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk beli mana-mana PC Mac, mereka beralih kepada sistem operasi Linux.

Linux adalah sistem operasi sumber terbuka. Maksudnya ia percuma dan kodnya boleh dilihat oleh sesiapa saja. Kita persetankan soal kodnya boleh dilihat oleh sesiapa saja tu. Yang penting, ia percuma. Hanya segelintir kecil saja distro Linux yang berbayar - dan itu pun biasanya merupakan kos DVD/CD bagi satu-satu distro atau pun kos sokongan profesional. Bagi pengguna biasa macam kita ni.. Linux memang benar-benar percuma.

Satu masa dulu, sistem operasi Linux adalah sangat tidak mesra pengguna dan selalunya hanya digunakan oleh mereka yang biasa menggunakan sistem operasi Unix - kerana Linux ni pun asalnya daripada Unix. Pengguna biasa memang tak berminat dan tak reti nak guna kerana ia tiada antaramuka bergrafik sebagaimana Windows dan Mac OS. Namun zaman dah berubah. Linux semakin giat merampas pasaran Windows bagi sistem operasi. Linux telah pun lama menawan segmen pelayan (server) dan kini sedang mengorak langkah menawan pengguna biasa macam kita ni pula. Ada macam-macam distro Linux untuk kita pilih, pasang dan gunakan. Bagi pentadbir sistem yang ingin menjadikan sesebuah PC menjadi router sambungan Internet, mereka boleh gunakan Linux yang paling minimum dari segi fungsinya - tanpa sebarang elemen grafik agar ia lebih pantas. Bagi pembangun sistem, ada versi Linux yang menyediakan antaramuka grafik dan juga elemen pelayan supaya mereka dapat menguji apa yang dihasilkan. Dan bagi pengguna biasa macam kita, ada pelbagai distro Linux yang sangat mesra pengguna. Ada yang semudah Windows untuk dipasang; bahkan ada yang lebih mudah lagi. Kebanyakan distro popular Linux kini menyokong hampir kesemua perkakasan komputer yang ada di pasaran. Jadi, pengguna tidak perlu risau lagi sekiranya ingin menyambungkan cakera keras mudah alih, pencetak atau pengimbas ke komputer yang menggunakan Linux.

Dalam banyak-banyak distro Linux yang ada pada hari ini, distro yang paling terkenal ialah Ubuntu - versi terbarunya ialah 8.10 dan boleh dimuat turun di sini. Apa yang menarik pada Ubuntu ini, selain daripada pemasangannya yang mudah, ialah pengguna mempunyai pilihan untuk tidak membuat partition baru yang khusus untuk Linux. Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa ke atas cakera kerasnya kerana Ubuntu boleh dipasang secara terus di dalam Windows. Selepas pemasangan Ubuntu, apabila PC anda dimulakan, akan terdapat dua pilihan - sama ada ingin menggunakan Windows (default) atau pun Ubuntu. Sebarang perubahan data sewaktu menggunakan Ubuntu tidak akan menjejaskan apa-apa fail Windows kerana Ubuntu hanya akan menggunakan ruang cakera keras yang khusus yang pengguna tentukan terlebih dahulu sebelum pemasangan. Penerangan saya mungkin berjela-jela sedikit, tapi sebenarnya pemasangan Ubuntu adalah sangat mudah. Begitu pun, sekiranya pengguna masih sangsi untuk commit memasang sistem operasi Ubuntu, mereka boleh cuba dulu Ubuntu menggunakan konsep Live CD di mana tiada sebarang pengubahsuian berlaku pada sistem komputer anda dan Ubuntu akan dimulakan terus dari memori utama PC (RAM) - dalam erti kata lain, takde save kat mana-mana.. kalau off PC, Ubuntu terus gone. Live CD memang bagus bagi mereka yang sekadar nak try dulu Ubuntu ni dan tak nak commit untuk install apa-apa lagi.

Banyak lagi distro Linux yang menyediakan kemudahan yang sama tapi setakat ni tak ada lagi yang semudah Ubuntu. Cukup setakat ni dulu, korang boleh Google dulu berkenaan Ubuntu dan jika dah bersedia untuk cuba sesuatu yang baru, korang boleh download Ubuntu di sini. Dalam entri yang akan datang, kita akan cerita lebih lanjut tentang pemasangan Ubuntu dalam sebuah PC yang telah sedia menggunakan Windows XP. Memang mudah dan tidak menjejaskan Windows langsung.

Selected Video