postBodyClass = '';

Alam Kekal

"Money is not our God!" - Killing Joke

Khasiat Daun Bunga Raya Putih - Bersama Dr. S

Written by Hero on 6/16/2008 11:02:00 PM

Sewaktu saya sedang buat-buat sibuk di pejabat pagi tadi, akak Full Time Mom tegur saya menerusi YM. Tujuannya untuk bertanyakan perkara lain, tapi secara tak sengaja dia terceritakan pasal anak bongsunya yang sedang demam panas. Sekonyong-konyong, saya teringat kembali petua yang menjadi amalan dalam keluarga saya sejak dulu lagi lalu saya pun mengajarkan kepada akak FTM. Ramuan utama bagi petua ini ialah daun pokok bunga raya putih. Ya! Saya tahu kemusykilan anda. Bunga raya yang berwarna putih? Memang ada bunga raya putih. Bukan merah saja. Daun bunga raya putih mempunyai khasiat yang tidak terdapat pada daun bunga raya merah. Tujuan kegunaannya ialah untuk menyejukkan badan. Daun bunga raya putih mengandungi sejenis lendir (atau jika nak hip, panggil saja gel.. :p) yang berupaya menyerap hawa panas pada tubuh. Cara untuk menyediakan petua ini sangat mudah. Tapi, mudah tak mudah pun, anda kenalah dapatkan daun bunga raya putih terlebih dahulu. Mudah tu ialah selepas anda mempunyai daun itu. Sila ronda-ronda di sekitar kawasan perumahan yang diduduki oleh majoriti penduduk Melayu. InsyaAllah anda akan menjumpainya. Ia sering ditanam di tepi gate sebagai hiasan dan adakalanya diselang-seli dengan pokok bunga raya merah. Hati-hati jangan sampai terpetik daun bunga raya merah. Apa-apa pun minta kebenaran tuan rumah sebelum petik daun tu. Ok, daun bunga raya putih tu hendaklah direndam ke dalam air. Dalam besen pun ok, baldi pun ok dan gayung pun ok. Kemudian anda hendaklah meramas-ramas daun yang direndam itu. Ramas betul-betul! Biar sampai puas hati. Ramas dan ramas dan ramas lagi sehinggalah anda merasakan tangan anda tu berlendir. Berlendir tu macam mana? Aaa.. kalau betul nak tahu, masa bersin, jangan tutup dengan sapu tangan atau tisu. Bersin pada tapak tangan anda atau tapak tangan kawan anda yang terhampir. Haa.. itulah fenomena berlendir. Ok, jika rasa berlendir maknanya lendir tu dah keluar dari daun bunga raya putih. Rendamkan tuala kecil ke dalam air itu sehinggalah sisa daun bunga raya putih itu turut terpalit, keluarkan dan pupukkan di dahi orang yang demam panas. Petua ini bukanlah petua untuk menyembuhkan demam tetapi ia dapat membantu melegakan kepanasan atau hawa panas pada pesakit. Kesannya agak drastik. InsyaAllah, selepas beberapa ketika, anda akan dapati suhu pesakit menurun. Ini adalah kerana lendir tersebut akan menyerap hawa panas dari badan pesakit. Ulangkan lagi beberapa kali menurut keselesaan orang yang demam ittew. Selamat mencuba!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 3 comments: Responses to “ Khasiat Daun Bunga Raya Putih - Bersama Dr. S ”

  2. By napi on 9:44 AM, June 17, 2008

    satu lagi petua, yg ni pun senang nak cari .. cari 'klinik' . kalau nak power lagi cari 'hospital pakar'. :)
    (Tapi petua tu ok .. quite good).

  3. By gadis melayu on 10:05 AM, June 17, 2008

    Wa, good info. Tapi, susah ckitla nk cari daun bunga raye putih skrg..

  4. By Hero on 8:40 PM, June 17, 2008

    ye ler.. betul cakap bang napi tu.. pegi klinik lagi la betul.. :p ni cuma petua time2 klinik tutup ke.. dr lak yg sakit ke.. :p kekeke.. thanks bang..

    aa. thanks gadis melayu. cari le anak pokok bunga raya putih.. pastu tanam kat laman umah.. kalau bukan pasal petua tu pun, mmg cantik laman awak nanti kalau ada bunga raya putih.. :D

Selected Video