Written by Hero on 12/03/2007 09:55:00 PM
Antara sebab saya masih gagahkan diri untuk muncul setiap pagi di persidangan haram jadah yang diadakan untuk orang-orang haram jadah semua tu ialah kerana saya dapat bekerja bersama-sama antara orang paling hebat dan talented yang pernah saya jumpa. Dalam ramai-ramai ahli kumpulan kami tu, hanya kakak pengurus projek saja yang benar-benar berpengalaman dalam bidang pemasaran. Mereka yang lain kesemuanya bukan orang marketing. Ada yang datang dari bidang bahasa (saya, Amoi Blur dan Pengantin Baru), kesetiausahaan (kak A dan kak I), HR (budak :p), pentadbiran sistem (Tuaran Boy) dan mamat driver (as in drebar bawak keta tu)! Ya, driver! Kenapa, tak percaya? In fact, saya rasa driver tulah antara yang paling hebat dalam memberikan penerangan kepada tetamu yang singgah ke tempat kami. Saya memang betul-betul kagum dengan geng ni. Mereka boleh switch just like that! Benarlah kata-kata VP kami beberapa hari sebelum kami ke tempat yang tidak berguna itu. Menurut beliau, lebih kurang macam nilah.. "I believe you all can do this. Of course, sekarang ni you rasa segan dan macam-macam lagi. Tapi once you dah ada kat sana and people start coming in, you akan automatic jadi berani dan immediately boleh bercakap macam orang marketing." Memang tersangat betul cakap VP tu. Saya nampak sendiri. Amoi Blur dan Tuaran Boy misalnya, memang saya tak sangka. Sorry to say, selama saya kenal mereka berdua ni, bagi saya mereka bukanlah someone you would want to put at the front office to represent the company. Ahahaha! Bukanlah mereka ni sombong or anything. Cuma style mereka memang macam tu. More work and less talk. Tapi masa di tempat haram jadah tempoh hari, mereka berubah. Saya benar-benar kagum. Budak :p pun sama. Pada hari pertama, dia macam serba salah je. Apatah lagi pada hari pertama (kalau tak silap..), dia telah disergah oleh seorang ***o bodoh hanya kerana budak :p tersilap cakap. Benda kecik saja tapi malangnya budak :p tertegur orang bodoh, kan? Benda kecik pun boleh jadi besar. Nasib baik ada orang hensem tu (ehem..) pergi dekat budak :p untuk tengok apa yang terjadi.. terus orang ***o bodoh tu blah. Masa tu nampak sangat budak :p macam dah frust. Dia cuba nak senyum-senyum tapi saya tahu memang dia frust sangat. Mujurlah kawan-kawan semua berjaya menaikkan semangat dia balik. Kita semua buat silap. No hal suma tuh! Syukurlah, budak :p tak makan dalam (saya rasalah..). Lepas hari tu, dia terus ok. Malahan, saya dapat nampak budak :p semakin yakin dalam memberikan penerangan kepada pengunjung; sampai ada juga yang tak reti-reti nak balik. Kalau boleh macam nak budak :p terangkan kat dia sampai tutup kedai. Ada sorang mamat samdol badigol yang tak tahu malu ni (yang saya yakin ialah orang ***o), siap stay back berjam-jam kat tempat kami pasal nak mengorat budak :p. Dia siap tanya budak :p, "Aaa... tahu tak gaji saya berapa? Kalau saya beritahu jangan terkejut ya? Gaji saya Rm5000." Haa??? Habis tu??? Kena suka kat kau??? Mak ai.. ahahahaha.. macam-macam betul manusia nih.. ingatkan orang macam ni dalam cite TV je.. eloklah dia masuk ***o. ***o memang perlukan sangat orang cenggini. And please stay and rot and die in ***o, bro! Oklah, berbalik kepada cite asal kita,.. Kak A, kak I dan mamat driver tu pulak tak payah cerita panjanglah. Mereka bertiga ni memang hebat! Kebolehan mereka dalam komunikasi memang jauh melepasi apa yang diperlukan dalam tugas hakiki mereka. Tak hairanlah dalam setiap event sebegini, mereka bertiga sering dilibatkan oleh syarikat. Kalau korang dapat tengok gaya mereka menyapa, melayan dan memberi penerangan kepada pengunjung, korang akan faham kenapa orang yang asalnya tak mahu singgah pun akan jadi singgah, orang yang tak minat pun jadi minat dan orang yang minat sikit-sikit pun akhirnya nak tolong kempen pula untuk kami - gara-gara diayat oleh mereka bertiga ni. Akhir sekali, saya nak nyatakan di sini yang saya sangat berbangga kerana dapat bekerja dengan kakak pengurus projek (iye, nama akak saya tak lupa, minta maaf siap-siap ye, kak? macam-macam saya nak cite nih..). Cik kak nilah yang paling outstanding sekali kalau korang suma nak tahu. Tak tahu mana nak mula. Cik kak ni saya sifatkan sebagai telah berjaya menguruskan projek 5 hari kami ni. Namun persediaan untuk projek ni sebenarnya telah berjalan lama sebelum tu lagi. Kakak pengurus projek dengan dibantu oleh cik kak peminat Anuar Zain Uwek Lelaki Kentut Ini dan juga VP kami telah bertungkus lumus siang dan malam merancang projek besar ni. Sewaktu event kami tu, jelaslah bahawa kakak pengurus projek bukanlah sekadar pengurus projek. Bahkan ada kemudahan penting yang kami gunakan untuk event ni yang bukan datang dari syarikat tetapi dari cik kak ni sendiri. Tak perlulah nak cite apa bendanya tapi cukuplah kalau saya kata, sepatutnya syarikat yang sediakan TAPI tak sediakan. Dia bertungkus lumus sama macam setiap seorang daripada kami, malahan dalam banyak occassion, lebih lagi. Non-stop dia keje. Cakap tak hent-henti. Terang sana, terang sini. Demo orang tu, demo orang ni. Mak ai.. saya rasa kesian betul tengok cik kak ni. Tak penat ke dia? Tapi kemuncak kebolehan kakak pengurus projek ni, saya nampak sendiri pada pagi hari terakhir di perhimpunan yang dilaknat itu. Kakak pengurus projek telah single-handedly berdiri di luar tempat kami dan mengajak orang ramai singgah di tempat kami dengan menjerit-jerit laksana penjual barangan di pasar malam. Kami semua tak sanggup buat macam tu. Tapi cik kak tu selamba saja memanggil dan mengumumkan dengan lantang. Hasilnya? Hasilnya ramai giler orang masuk ke tempat kami untuk mendengar penerangan dan melihat demo. Saya betul-betul kagum masa tu. Dalam fikiran saya, "Cik kak ni memang selamba betul la. Tak segan langsung." Itu yang saya sangka. Tapi ada sekali tu, saya berdiri hampir dengan kakak pengurus projek dan saya dapat melihat sendiri betapa melesetnya sangkaan saya. Selepas setiap cycle jeritan tu, cik kak tu akan terdiam seketika dan saya dapat nampak raut wajahnya seperti menahan rasa malu yang amat sangat. Kemudian, saya lihat kakak pengurus projek melafazkan "Bismillah..." sebelum memulakan cycle baru. Dan setiap kali selepas melafazkan "Bismillah...", cik kak akan jadi kembali bersemangat. Begini rupanya. Jadi, memang beratlah apa yang dibuat tu bagi diri cik kak sekali pun. Apalah yang hendak dihairankan? Biar sehebat mana menjerit sekali pun, cik kak tu tetap seorang wanita,.. seorang anak perempuan,.. isteri seorang lelaki.. dan ibu kepada 3 orang anak. Pastilah dia berasa malu. Namun, saya dapat lihat juga betapa cik kak ni memandang serius tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Seolah-olah cik kak pada masa tu mengambil sikap - jika bos nak lihat tandatangan pengunjung sebagai bukti sambutan, maka tandatangan pengunjunglah yang akan aku dapatkan! Dan memang dia berjaya menarik ratusan pengunjung singgah ke tempat kami sehinggakan kami tak menang tangan nak melayan. Ini semua datang dari seorang pengurus projek. Bayangkan kalau ada 3 orang lagi yang jerit-jerit macam dia kat depan tu! Pergh!!! Pendek kata, memang saya berasa kagum. Panjang kata, selepas saya fikirkan masak-masak, saya ingin menyatakan rasa terima kasih kepada kakak pengurus projek kerana melibatkan saya ke dalam kumpulan kerja yang hebat ni. Korang semua memang best! Korang semua memang A+! Semoga Allah panjangkan umur dan memurahkan rezeki kita semua agar dapat bekerja bersama-sama lagi! Amin...
Dua tiga kucing berlari,
Masak sebiji di atas peti,
Saya budak baru belajar,
Boleh kita berjumpa lagi.
Haa? :p