Written by Hero on 1/09/2010 01:03:00 PM
Tema:
Suka duka sebuah kehidupan seorang wanita Melayu di ibu kota.
Watak:
Tish Zakuriyah - teraju utama, protagonis.
Remy Romena - suami Tish, antagonis.
Daniel - cinta baru Tish.
Mak Yam (giler original) - wanita tua jiran Tish yang kononnya banyak giler makan garam dan reti nasihat serba-serbi.
..dan pelbagai watak tak berguna yang lain..
Plot & Sinopsis (yang ni paling original):
Tish dilarang oleh ibunya daripada berkahwin dengan Remy yg budak 5 tahun pun boleh cam sebagai buaya darat. Tish kahwin juga dengan Remy dan berhijrah ke ibu kota. Ini satu kemestian. Everything must end di ibu kota. Namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Remy buaya darat rupanya (duh..). Tish dan Remy pun bercerai. Oleh kerana selama ni Remy saja yang bekerja, Tish kini merana dalam kesempitan hidup. Tish malu untuk pulang ke kampung dan menghadapi ibunya. Pada masa yang sama tuntutan hidup di ibu kota semakin mendesak. Hanya tinggal satu jalan saja lagi. Setelah difikirkan masak-masak dan berkat nasihat Mak Yam, Tish kemudiannya memulakan karier sebagai GRO di sebuah kelab malam di ibu kota. Mula-mula Tish kekok tapi akhirnya ok ajer. Masyarakat mula memandang hina terhadap Tish. Kaum wanita setempat mengumpat dan mengeji Tish tak kira masa. Para suami kepada kaum wanita setempat tu pula mengumpat dan memuji "servis" Tish setiap masa. Satu hari Tish jatuh cinta dengan salah seorang pelanggannya. Daniel, pelanggan tu baik orangnya (cuma melanggan GRO je..) dan Tish percaya mampu membahagiakannya. Akhirnya mereka pun kahwin dan bahagia selamanya. Daniel tak perlu melanggan GRO lagi dah. It's like having a vending machine at home. Yay.
Nota: jangan ciplak aa..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.